Tempat Ku Berkarya

Friday 13 January 2012

Perjalanan Bersama HatiKu


Mengejar Destinasi Yang belum Pasti Bagi Ku

Perjalanan yang tiada titik penyesalan,
kerana ingin mengejar kejayaan,
yang telah lama ku nantikan,
mungkin ini impian setiap insan.

Begitu sukar untuk ku teruskan,
Dugaan demi dugaan di campakkan,
Cemuhan demi cemuhan dilemparkan,
Hati bertubi-tubi rasa begitu dasyatnya tikaman.

(Subhanallah)

Ku Terus Berusaha Memujuk Hati KU


Tiada sesiapapun yang datang memujukku,
siapalah diri ini untuk mendapatkan itu,
walau apa pun ku tetap teguh memeluk hati ku,
ku terus lagi memujuk hatiku dengan penuh sayu.

(Ku memujuk hatiku : 
"bangun lah wahai hati, 
tanpa mu ku takkan kuat untuk teruskan perjalanan ini,
hanya engkau yang memahami diri ini,
di saat DIRI ku hampir jatuh, HATI lah yang datang menghulurkan ketabahan dan terus berusaha membangunkan diriku yang lemah ini.

Bila tiba pahit getir kehidupan ini,
ku tetap akan bersama mu sampai mati,
kerana ku tahu engkau tetap bersama ku FOREVER,
Bangun lah wahai hati, Bangun lah wahai hati, BANGUN LAH !!!
walaupun sukar untuk diriku untuk memujuk hatiku yang hampir berputus asa menjemputnya, 
ku tetap terus memujuk dan terus memujuk hati ku,  
kerana ku tahu engkau takkan merajuk lama-lama dengan diriku, dan ku tahu engkau amat menyanyangi diri Ku

Sekarang,
Di saat hatiku hampir tidak berdaya, DIRI ku datang memeluk erat-erat HATI ku dengan penuh kasih sayang ALLAH,


                
(Alhamdulillah)
*Terima Kasih YA ALLAH, kerana memberi Ku Hati Yang memahami diriku, 
Tanpa hati yang baik dalam diriku, mungkin ku Tidak teguh berdiri untuk terus kehidupan Ini*                                   












No comments:

Post a Comment