Tempat Ku Berkarya

Sunday 19 June 2011

Selamat Hari Bapa





Wajahmu sentiasa terbayang di mataku
Kenangan bersamamu berenang difikiran ku
Impianmu menyelami sanubari ku
Engkaulah lelaki yang bergelar ayah.

Ayah...
Ku amat merindui mu
Apakan dayaku
Engkau telah pergi meninggalku
Buat selama-lamanya

Ayah...
Kini ku menjadi lebih dewasa
Dugaan yang telah ku tempuhi
Norma-norma kehidupan ku galasi
Telah mengajarku erti hidup

Walaupun hatiku ditikam
Air mata ku campakkan ke laut
Ku tabah melaluinya
Mencucuk benang ombak
Menjahit percikan air laut

Ayah...
Ku mahu terbang ke angkasa
Mencari sinaran syurga
Di celah bintang-bintang bercahaya
Untuk menceriakan hidup keluarga

Sekarang..
Ku mengukir senyuman
Untuk mencorak kehidupan
Mewarnai kebahagiaan 
Demi meneruskan pejuangan

                                                                  Hasil nukilan:
                                                                  azida ab ’90
19 June 2011
                                                               < ombak menderu >

("I really miss and love you daddy.. you always in my heart forever! May Allah Bless You... AMIN")

No comments:

Post a Comment